Kambing Masak Lemak Cili Padi

10 bahan 70 min 4 Hidangan

Daging Kambing

600 gram

Kentang

2 biji

Serai

2 batang

Cili Api

25 biji

Kunyit Hidup

3 cm

Santan Pekat

250 ml

Santan Cair

350 ml

Asam Keping

2 keping

Daun Kunyit

1 helai

Garam

1.5 sudu teh

Langkah / 5

Tumbuk cili padi kampung dan kunyit hidup hingga lumat.

Masukkan daging kambing, bahan tumbuk, serai titik, dan 1 cawan air ke dalam periuk. Masak selama 15 minit hingga air kambing keluar dan kambing mula empuk.

Masukkan santan cair, kentang, dan asam keping. Renehkan hingga kentang dan kambing empuk sambil dikacau selalu.

Tuang santan pekat, daun kunyit siat, dan garam secukup rasa.

Kecilkan api dan masak selama 5-8 minit lagi sehingga kuah pekat berlemak dan mesra.