Kerang Rebus Halia

5 bahan 20 min 4 Hidangan

Kerang

1 kg

Halia

5 cm

Bawang Putih

3 ulas

Air

200 ml

Garam

1 sudu teh

Langkah / 5

Cuci kerang bersih-bersih dengan berus untuk membuang lumpur pada kulitnya.

Masukkan sedikit air (anggaran 1 cawan), hirisan halia tua, bawang putih ketuk, dan garam ke dalam periuk.

Didihkan air halia, kemudian masukkan kerang.

Tutup periuk dan masak dengan api besar selama 3-4 minit sehingga kerang terbuka sedikit. Segera padamkan api agar isi kerang kekal berjus dan manis.

Hidang bersama sos pencicah cili sos thai atau air asam kicap.

Tip: Jangan letak air terlalu banyak kerana kerang akan mengeluarkan air manisnya sendiri semasa direbus.