Kerang Rebus Serai

5 bahan 20 min 4 Hidangan

Kerang

1 kg

Serai

3 batang

Daun Pandan

1 helai

Air

200 ml

Garam

1 sudu teh

Langkah / 5

Bersihkan kulit kerang dengan berus dan toskan.

Masukkan 1 cawan air, serai titik, daun pandan, dan garam ke dalam periuk.

Didihkan air sehingga aroma wangi serai keluar.

Masukkan kerang, tutup periuk dan reneh selama 3-4 minit hingga kerang terbuka.

Angkat dan hidangkan panas-panas bersama sos pencicah kegemaran.