Ketam Goreng Kunyit

8 bahan 30 min 4 Hidangan

Ketam

4 ekor

Serbuk Kunyit

1.5 sudu teh

Serbuk Kari

1 sudu teh

Garam

1 sudu teh

Bawang Holland

1 biji

Kacang Panjang

3 batang

Cili Merah

1 biji

Minyak Masak

300 ml

Langkah / 4

Bersihkan ketam, potong dua dan ketuk sepitnya. Gaulkan bersama serbuk kunyit, serbuk kari, dan garam.

Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.

Goreng ketam dengan api sederhana hingga masak dan garing kemerahan (anggaran 6-8 minit).

Masukkan hirisan bawang holland, kacang panjang, dan cili merah pada 1 minit terakhir. Angkat dan toskan bersama ketam.