Ketam Masak Lemak Cili Padi

10 bahan 45 min 4 Hidangan

Ketam

4 ekor

Serai

2 batang

Cili Api

20 biji

Kunyit Hidup

3 cm

Santan Pekat

300 ml

Santan Cair

300 ml

Nanas

0.25 biji

Asam Keping

1 keping

Daun Kunyit

1 helai

Garam

1.5 sudu teh

Langkah / 5

Tumbuk cili padi kampung dan kunyit hidup hingga halus.

Masukkan potongan ketam, bahan tumbuk, serai titik, dan santan cair ke dalam periuk.

Masak dengan api sederhana sambil dikacau perlahan agar santan tidak pecah minyak.

Masukkan nenas hiris (atau asam keping), santan pekat, daun kunyit siat, dan garam secukup rasa.

Renehkan selama 6-8 minit sehingga ketam masak kemerahan dan kuah pekat mendidih. Padamkan api.

Tip: Potongan nanas memberikan rasa masam manis yang menyempurnakan rasa lemak manis isi ketam.