Udang Goreng Berempah

12 bahan 27 min 4 Hidangan

Udang

450 gram

Bawang Merah

4 biji

Bawang Putih

3 ulas

Halia

2 cm

Serai

1 batang

Serbuk Kari Daging

1.5 sudu besar

Serbuk Ketumbar

1 sudu teh

Serbuk Kunyit

0.5 sudu teh

Tepung Beras

1.5 sudu besar

Daun Kari

2 tangkai

Garam

1 sudu teh

Minyak Masak

250 ml

Langkah / 4

Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, dan serai.

Campurkan bahan kisar bersama serbuk kari daging, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, tepung beras, garam, dan daun kari. Gaulkan pada udang dan perap selama 15 minit.

Panaskan minyak yang cukup dalam kuali dengan api sederhana panas.

Goreng udang bersama daun kari dan rempahnya selama 3-4 minit sehingga garing keemasan. Angkat dan toskan.