Udang Masak Lemak Cili Padi

9 bahan 35 min 4 Hidangan

Udang

500 gram

Serai

2 batang

Cili Api

20 biji

Kunyit Hidup

3 cm

Santan Pekat

250 ml

Santan Cair

250 ml

Asam Keping

2 keping

Daun Kunyit

1 helai

Garam

1.5 sudu teh

Langkah / 5

Tumbuk cili padi kampung dan kunyit hidup hingga halus.

Masukkan bahan tumbuk, serai titik, asam keping, dan santan cair ke dalam periuk.

Masak dengan api sederhana sambil dikacau perlahan sehingga mendidih.

Masukkan udang segar, santan pekat, daun kunyit siat, dan garam secukup rasa.

Renehkan selama 4-5 minit sahaja sehingga udang masak kemerahan dan kuah pekat berkrim. Padamkan api.

Tip: Kacau kuah selalu supaya santan tidak pecah minyak.