Gulai Lemak Nanas Ikan Masin Kurau

10 bahan 35 min 4 Hidangan

Ikan Masin

200 gram

Nanas

0.5 biji

Serai

2 batang

Cili Api

15 biji

Kunyit Hidup

2.5 cm

Bawang Merah

4 biji

Santan Pekat

250 ml

Santan Cair

300 ml

Daun Kunyit

1 helai

Gula Melaka

1 sudu besar

Langkah / 5

Rendam ikan masin kurau selama 15 minit untuk membuang lebihan masin, toskan.

Tumbuk cili padi kampung, kunyit hidup, dan bawang merah.

Masukkan nanas hiris, bahan tumbuk, serai titik, dan santan cair ke dalam periuk. Masak hingga nanas lembut.

Masukkan kepingan ikan masin, santan pekat, daun kunyit siat, dan sedikit gula melaka.

Renehkan sambil dikacau perlahan selama 5-7 minit sehingga kuah mendidih pekat dan berminyak cantik.