Kari Daging

16 bahan 65 min 5 Hidangan

Daging Lembu

600 gram

Kentang

3 biji

Serbuk Kari Daging

4 sudu besar

Kulit Kayu Manis

1 batang

Bunga Lawang

2 kuntum

Buah Pelaga

3 biji

Bunga Cengkih

3 biji

Daun Kari

3 tangkai

Minyak Masak

4 sudu besar

Bawang Merah

6 biji

Bawang Putih

4 ulas

Halia

3 cm

Santan Pekat

200 ml

Santan Cair

300 ml

Air Asam Jawa

1.5 sudu besar

Garam

1.5 sudu teh

Langkah / 7

Kisar bawang merah, bawang putih, dan halia hingga halus.

Campurkan serbuk kari daging bersama bahan kisar dan sedikit air untuk dijadikan pes kari pekat.

Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga) dan daun kari hingga wangi.

Masukkan pes rempah kari dan tumis dengan api kecil sehingga benar-benar garing dan terbit minyak.

Masukkan daging lembu dan kentang. Gaul sebati bersama rempah dan biarkan 5 minit hingga air daging keluar.

Tuangkan air dan santan cair. Masak sehingga daging dan kentang empuk (tambah air jika perlu).

Masukkan santan pekat, air asam jawa, dan garam secukup rasa. Renehkan sehingga kuah memekat dan minyak naik ke permukaan.

Tip: Menumis rempah kari sehingga garing pecah minyak adalah kunci rasa kuah kari yang sedap dan tidak berbau rempah mentah.