Ikan Masak Sambal Tumis

12 bahan 40 min 4 Hidangan

Ikan Tenggiri

4 keping

Serbuk Kunyit

1 sudu teh

Garam

1 sudu teh

Cili Kering

15 tangkai

Bawang Merah

6 biji

Bawang Putih

3 ulas

Belacan

0.5 sudu teh

Serai

1 batang

Air Asam Jawa

2 sudu besar

Gula Melaka

1.5 sudu besar

Bawang Besar

1 biji

Minyak Masak

250 ml

Langkah / 5

Lumurkan ikan tenggiri atau kembung dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing keemasan kemudian toskan.

Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, dan sedikit belacan.

Gunakan minyak gorengan ikan untuk menumis pes sambal kisar bersama serai dengan api sederhana sehingga benar-benar pecah minyak dan garing berkilat.

Masukkan air asam jawa, gula melaka, dan garam. Masak hingga sambal memekat.

Masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan gaulkan ikan goreng sebati ke dalam sambal sebelum dipadamkan api.

Tip: Tumis sambal dengan sabar sehingga terbit minyak beberapa kali agar sambal tidak berasa pedas mentah.