Ikan Siakap Stim Limau
Ikan Siakap
1 ekor
Serai
2 batang
Halia
3 cm
Bawang Putih
6 ulas
Cili Api
8 biji
Limau Nipis
3 biji
Sos Ikan
3 sudu besar
Gula
1 sudu besar
Kiub Pati Ayam
0.5 ketul
Air
50 ml
Daun Ketumbar
2 batang
Daun Bawang
1 batang
Bersihkan ikan siakap dan kelar kedua-dua belah badannya. Lumurkan dengan sedikit garam.
Sumbat serai yang telah dititik dan hirisan halia ke dalam perut ikan dan letakkan di atas pinggan tahan panas.
Kukus ikan selama 8 hingga 10 minit sehingga separuh masak, kemudian buang air kukusan yang keluar dari ikan untuk mengelakkan bau hanyir.
Dalam mangkuk berasingan, campurkan jus limau nipis, sos ikan, gula, kiub pati ayam, bawang putih cincang, cili api, dan sedikit air suam. Kacau sehingga gula larut.
Tuangkan bancuhan sos stim ke atas ikan siakap dan teruskan mengukus selama 7 hingga 10 minit lagi sehingga ikan masak sepenuhnya.
Angkat dan taburkan daun ketumbar, daun bawang, serta hirisan limau nipis di atas ikan sebelum dihidangkan panas-panas.
Bahan-Bahan
Bahan Utama
Ikan Siakap
1 ekor
Serai
2 batang
Halia
3 cm
Bahan Sos Stim
Bawang Putih
6 ulas
Cili Api
8 biji
Limau Nipis
3 biji
Sos Ikan
3 sudu besar
Gula
1 sudu besar
Kiub Pati Ayam
0.5 ketul
Air
50 ml
Hiasan
Daun Ketumbar
2 batang
Daun Bawang
1 batang
Cara Masak
-
1
Bersihkan ikan siakap dan kelar kedua-dua belah badannya. Lumurkan dengan sedikit garam.
-
2
Sumbat serai yang telah dititik dan hirisan halia ke dalam perut ikan dan letakkan di atas pinggan tahan panas.
-
3
Kukus ikan selama 8 hingga 10 minit sehingga separuh masak, kemudian buang air kukusan yang keluar dari ikan untuk mengelakkan bau hanyir.
-
4
Dalam mangkuk berasingan, campurkan jus limau nipis, sos ikan, gula, kiub pati ayam, bawang putih cincang, cili api, dan sedikit air suam. Kacau sehingga gula larut.
-
5
Tuangkan bancuhan sos stim ke atas ikan siakap dan teruskan mengukus selama 7 hingga 10 minit lagi sehingga ikan masak sepenuhnya.
-
6