Sup Itik Berempah dan Halia

15 bahan 80 min 5 Hidangan

Serbuk Lada Sulah

1 sudu teh

Garam

1.5 sudu teh

Daun Sup

2 batang

Bawang Goreng

2 sudu besar

Itik

800 gram

Kentang

2 biji

Lobak Merah

1 batang

Bawang Merah

5 biji

Bawang Putih

4 ulas

Halia

6 cm

Minyak Masak

2 sudu besar

Sup Bunjut

1 bunjut

Kulit Kayu Manis

1 batang

Bunga Lawang

2 kuntum

Air

1500 ml

Langkah / 6

Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, dan banyak halia.

Panaskan 2 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis rempah 4 sekawan dan rempah sup bunjut bersama bahan tumbuk hingga naik bau.

Masukkan potongan itik dan gaul rata selama 3 minit.

Tuang air dan renehkan dengan api sederhana selama 50 minit sehingga itik empuk.

Masukkan kentang, lobak merah, serbuk lada sulah, dan garam. Masak hingga sayur empuk.

Taburkan daun sup, daun bawang, dan bawang goreng sebelum dihidangkan panas.

Tip: Banyakkan halia tua dalam sup itik untuk membuang rasa muak dan aroma hamis itik.