Kambing Masak Hitam Manis Berempah

20 bahan 90 min 5 Hidangan

Daging Kambing

800 gram

Bawang Merah

8 biji

Bawang Putih

5 ulas

Halia

4 cm

Serai

3 batang

Lengkuas

2 cm

Cili Kisar

3 sudu besar

Kicap Manis

6 sudu besar

Kicap Pekat

3 sudu besar

Serbuk Ketumbar

1 sudu besar

Serbuk Jintan Manis

1 sudu besar

Kerisik

2 sudu besar

Air Asam Jawa

2 sudu besar

Gula Melaka

2 sudu besar

Garam

1.5 sudu teh

Kulit Kayu Manis

1 batang

Bunga Lawang

2 kuntum

Buah Pelaga

3 biji

Minyak Sapi

1 sudu besar

Minyak Masak

3 sudu besar

Langkah / 5

Kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan lengkuas.

Perapkan daging kambing bersama bahan kisar, cili kisar, kicap manis, kicap pekat, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, dan garam selama 30 minit.

Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk. Masukkan rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga) dan daun pandan hingga naik bau.

Masukkan keseluruhan daging kambing yang diperap. Masak dengan api sederhana hingga air kambing keluar.

Masukkan kerisik, air asam jawa, dan gula melaka. Renehkan dengan api perlahan selama 45-60 minit sambil dikacau sekali-sekala sehingga daging kambing empuk dan kuah menjadi hitam berkilat serta terbit minyak.