Kambing Salai Masak Lemak Cili Padi

9 bahan 55 min 4 Hidangan

Daging Kambing Salai

450 gram

Serai

2 batang

Cili Api

25 biji

Kunyit Hidup

3 cm

Santan Pekat

250 ml

Santan Cair

350 ml

Asam Keping

2 keping

Daun Kunyit

1 helai

Garam

1.5 sudu teh

Langkah / 5

Tumbuk cili padi kampung dan kunyit hidup hingga lumat.

Hiris daging kambing salai nipis-nipis.

Masukkan hirisan kambing salai, bahan tumbuk, serai titik, dan 1 cawan air ke dalam periuk. Masak selama 5-7 minit agar aroma salai sebati.

Masukkan santan cair, rebung atau terung telunjuk, dan asam keping. Masak sambil dikacau perlahan.

Masukkan santan pekat, daun kunyit siat, dan garam secukup rasa. Renehkan selama 5 minit hingga kuah mendidih pekat dan harum.