Tomyam Ketam Poktek

12 bahan 35 min 4 Hidangan

Ketam

4 ekor

Serai

3 batang

Lengkuas

3 cm

Daun Limau Purut

4 helai

Cili Api

8 biji

Pes Tomyam

2.5 sudu besar

Air

900 ml

Cendawan Tiram

100 gram

Tomato

1 biji

Daun Ketumbar

2 batang

Sos Ikan

2 sudu besar

Jus Limau Nipis

2.5 sudu besar

Langkah / 4

Didihkan air bersama serai titik, lengkuas hiris, daun limau purut, dan akar ketumbar selama 5 minit.

Masukkan pes tomyam, cili padi ketuk, pes cili thai, dan sos ikan. Kacau rata.

Masukkan potongan ketam, cendawan, dan tomato. Masak dengan api sederhana selama 8-10 minit sehingga ketam masak kemerahan.

Padamkan api, masukkan jus limau nipis dan taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.