Lala Masak Asam Pedas

16 bahan 40 min 4 Hidangan

Lala

800 gram

Cili Kering

12 tangkai

Bawang Merah

5 biji

Bawang Putih

3 ulas

Halia

2 cm

Kunyit Hidup

2 cm

Belacan

0.5 sudu teh

Serai

2 batang

Minyak Masak

3 sudu besar

Daun Kesum

1 ikat

Bunga Kantan

1 batang

Air Asam Jawa

0.5 cawan

Air

400 ml

Bendi

5 batang

Tomato

1 biji

Garam

1.5 sudu teh

Langkah / 5

Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, dan belacan bakar hingga lumat.

Panaskan minyak dan tumis pes kisar bersama serai titik, daun kesum, dan bunga kantan hingga pecah minyak.

Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan mendidih.

Masukkan lala, bendi, dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula.

Masak selama 3-4 minit sehingga lala terbuka dan kuah mendidih. Padamkan api.