Lala Masak Cili Padi Bersos

9 bahan 25 min 4 Hidangan

Lala

800 gram

Cili Api

15 biji

Bawang Putih

4 ulas

Serai

1 batang

Minyak Masak

3 sudu besar

Sos Tiram

1.5 sudu besar

Sos Cili

1.5 sudu besar

Sos Ikan

1 sudu besar

Bawang Holland

0.5 biji

Langkah / 4

Tumbuk cili padi dan bawang putih.

Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk bersama serai titik hingga wangi.

Masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan, dan sedikit air.

Masukkan lala dan bawang holland. Gaul kilas dengan api besar selama 2-3 minit sehingga lala terbuka dan bersalut sos pedas.