Kari Udang Bersantan

14 bahan 35 min 4 Hidangan

Udang

500 gram

Serbuk Kari Ikan

3 sudu besar

Halba Campur

1 sudu teh

Daun Kari

2 tangkai

Minyak Masak

3 sudu besar

Bawang Merah

5 biji

Bawang Putih

3 ulas

Halia

2 cm

Santan Pekat

150 ml

Santan Cair

250 ml

Air Asam Jawa

1.5 sudu besar

Garam

1.5 sudu teh

Bendi

5 batang

Tomato

1 biji

Langkah / 6

Kisar bawang merah, bawang putih, dan halia hingga lumat.

Bancuh serbuk kari ikan/makanan laut bersama bahan kisar dengan sedikit air menjadi pes pekat.

Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan halba campur dan daun kari hingga meletup wangi.

Masukkan pes rempah kari dan tumis dengan api kecil sehingga garing dan pecah minyak.

Masukkan air asam jawa, santan cair, dan bendi. Masak hingga mendidih.

Masukkan udang, santan pekat, tomato, dan garam serta sedikit gula. Masak selama 3-5 minit sahaja hingga udang bertukar kemerahan.

Tip: Pastikan rempah kari benar-benar pecah minyak sebelum masukkan cecair.

Tip: Jangan masak udang terlalu lama agar isinya kekal manis, pejal dan tidak mengecut keras.