Udang Masak Kicap Manis Berempah

14 bahan 25 min 4 Hidangan

Udang

450 gram

Serbuk Kunyit

0.5 sudu teh

Bawang Merah

4 biji

Bawang Putih

3 ulas

Halia

2 cm

Kulit Kayu Manis

1 batang

Cili Kisar

1 sudu besar

Kicap Manis

3 sudu besar

Kicap Pekat

1 sudu teh

Sos Tiram

1 sudu besar

Bawang Holland

1 biji

Cili Merah

1 biji

Tomato

1 biji

Minyak Masak

150 ml

Langkah / 5

Gaulkan udang bersama sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng sebentar dalam minyak panas selama 1-2 minit kemudian toskan.

Panaskan 2 sudu besar minyak. Tumis bawang merah hiris, bawang putih hiris, halia hiris, dan kayu manis hingga wangi.

Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

Masukkan kicap manis, kicap pekat, sos tiram, sos cili, dan 50ml air. Biarkan kuah pekat.

Masukkan udang goreng, bawang holland hiris, cili merah, dan tomato. Gaul rata selama 1 minit dan hidangkan.