Itik Masak Cili Padi

11 bahan 60 min 4 Hidangan

Itik

600 gram

Cili Api

20 biji

Bawang Merah

5 biji

Bawang Putih

3 ulas

Serai

2 batang

Minyak Masak

3 sudu besar

Daun Limau Purut

3 helai

Sos Tiram

1.5 sudu besar

Air Asam Jawa

1 sudu besar

Garam

1 sudu teh

Bawang Holland

0.5 biji

Langkah / 5

Rebus potongan itik bersama halia dan garam hingga empuk, toskan.

Tumbuk kasar cili api, bawang merah, dan bawang putih.

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk bersama serai titik dan daun limau purut hingga wangi dan garing.

Masukkan itik rebus, sos tiram, air asam jawa, dan sedikit air rebusan itik.

Masukkan bawang holland dan perasakan dengan garam serta gula. Gaul rata sehingga kuah pekat menyaluti itik.